KURSUS PENGURUSAN KEWANGAN PERNIAGAAN USAHAWAN MIKRO NEGERI SABAH 2019. | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » KURSUS PENGURUSAN KEWANGAN PERNIAGAAN USAHAWAN MIKRO NEGERI SABAH 2019.

KURSUS PENGURUSAN KEWANGAN PERNIAGAAN USAHAWAN MIKRO NEGERI SABAH 2019.

Kerajaan Negeri Sabah di bawah Unit Kewangan melalui agensinya Yayasan Usaha Maju (Institusi Mikrokredit) telah melantik Dr. Suraya Hanim Mokhtar untuk memberikan Kursus Pengurusan Kewangan Perniagaan Usahawan Mikro di seluruh Negeri Sabah pada tahun 2019 ini.

Kursus Pengurusan Kewangan ini merupakan kursus yang wajib diambil oleh semua peminjam baharu Yayasan Usaha Maju. Kursus ini telah dimulakan pada 21-22 Julai lalu di Keningau, 21-22 Ogos di Kota Belud seterusnya di berapa bahagian Negeri Sabah sehingga penghujung tahun ini.

Kursus ini menggunakan sepenuhnya Modul Kursus Pengurusan Perniagaan Usahawan Mikro yang telah dibangunkan oleh Dr. Suraya Hanim Mokhtar sendiri yang juga memiliki Ph.D dalam bidang kewangan, pengkhususan Kewangan Mikro (Microfinance).

#WithKnowledgeWeServe
#WeLoveUPM
#UPMKB








Tarikh Input: 28/08/2019 | Kemaskini: 20/09/2019 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXETGA7~