BINTULU: Baru-baru ini, Seksyen Kaunseling, Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah menganjurkan Kursus Mengenali Personaliti melalui Art Drawing House-Tree-Person (AD-HTP) secara virtual khusus untuk pelajar UPMKB.
Kursus yang dijalankan selama separuh hari ini telah dikendalikan oleh Puan Hairunisah Abdul Rahman, Pegawai Psikologi, UPMKB sebagai inisiatif bagi mengisi masa lapang pelajar yang masih bercuti semester pada ketika ini.
Kaedah AD-HTP merupakan pendekatan yang boleh membantu pelajar untuk lebih mengenali dan mengenalpasti personaliti, perasaan, perhubungan, impian dan pengalaman masa lampau dalam diri seseorang melalui lukisan projeksi.
Bagi pelajar yang berminat untuk mengetahui personaliti diri melalui AD-HTP, boleh menghubungi Puan Hairunisah Abdul Rahman di Seksyen Kaunseling, BHEP, UPMKB atau melalui emel di btu_kaunseling@upm.edu.my.
Tarikh Input: 23/07/2020 | Kemaskini: 27/07/2020 | lanz
Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia
Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia