KURSUS ASAS BANTU SEMPENA PROGRAM MENTAL HEALTH @ UPMKB | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » KURSUS ASAS BANTU SEMPENA PROGRAM MENTAL HEALTH @ UPMKB

KURSUS ASAS BANTU SEMPENA PROGRAM MENTAL HEALTH @ UPMKB

21 OGOS 2022 (AHAD) - Hari ini telah berlangsungnya Kursus Asas Bantu sempena Program Mental Health @ UPMKB yang telah dilaksanakan oleh sekretariat Pembangunan Insan dan Kebajikan, Majlis Perwakilan Kolej Sesi 2022/2023, Kolej Sri Rajang dan Seksyen Kaunseling dan Kebajkan pelajar.
 
Program Kursus Asas Bantu ini telah melibatkan seramai 12 orang Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dan juga 18 orang pelajar yang lain.
 
Tujuan Kursus Asas Bantu ini dilaksanakan adalah untuk memberikan tunjuk ajar kepada peserta cara-cara asas untuk membantu orang lain yang memerlukan sokongan dan khidmat kaunseling.
 
Program ini telah mendapat maklum balas yang baik daripada peserta dan para peserta juga bergiat aktif di dalam program tersebut. Pihak kaunselor yang terlibat juga dapat memberikan pelbagai manfaat dan ilmu pengetahuan yang baru kepada para peserta.
 
Akhir sekali, kami juga ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.
 
 
 
 
 

 

Tarikh Input: 22/08/2022 | Kemaskini: 07/10/2022 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXDdOA4~