KEKURANGAN DIRI BUKAN PENGHALANG UNTUK MENGGENGGAM DIPLOMA | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » KEKURANGAN DIRI BUKAN PENGHALANG UNTUK MENGGENGGAM DIPLOMA

KEKURANGAN DIRI BUKAN PENGHALANG UNTUK MENGGENGGAM DIPLOMA

 

SERDANG, 24 Mac – Mempunyai kekurangan dari segi pendengaran tidak menghalang Nurfarahana Mohamad Ardi, 22 untuk menggenggam Diploma Perniagaan Tani dalam Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) yang ke-45, hari ini.

Mengenai tips kejayaan, beliau sering memotivasikan diri untuk percaya bahawa beliau juga mampu melakukan apa yang orang lain boleh buat. Beliau juga sering belajar dengan rakan-rakan dan bersyukur kerana mereka sangat banyak membantu.

“Bagi saya pencapaian yang amat saya banggakan apabila saya berjaya menghabiskan diploma dalam jangka masa yang ditetapkan kerana saya pun tidak menyangka akhirnya saya sampai ke sini,” katanya.

Cabaran yang dihadapi oleh beliau ketika pengajian antaranya beliau berasa sedikit sukar untuk bergaul dengan pelajar lain kerana wujudnya masalah komunikasi kerana merasakan mereka mungkin sedikit kurang berminat berinteraksi dengan dirinya.

“Kenangan manis sepanjang berada di UPM Kampus Bintulu adalah saya dapat duduk di kolej dan berada jauh daripada tempat tinggal saya dan adalah peluang untuk saya berdikari apabila berada di negeri orang,” katanya.

Antara tips belajar yang dikongsi antaranya beliau akan membuat nota secara ringkas dengan menulis point utama serta perlu kemas penulisan nota akan  dapat membantu

Perancangan masa depan, graduan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan ini berkata bahawa dia ingin fokus mencari pengalaman pekerjaan. Beliau kini turut bekerja sebagai juruwang di sebuah pasar raya sebelum mengatur langkah yang seterusnya.

“Jangan jadikan kelemahan sebagai penghalang untuk kita berjaya” merupakan kata azimat yang dipegang oleh anak kelahiran Melaka ini.

“Sentiasalah memperbaiki diri dan mencuba  pelbagai benda baharu kerana pengalaman akan mendewasakan kita,” katanya. - UPM

Tarikh Input: 24/03/2022 | Kemaskini: 12/10/2022 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXDdRAp~