IEM Sarawak Branch Chairman's Award 2017/2018 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » IEM Sarawak Branch Chairman's Award 2017/2018

IEM Sarawak Branch Chairman's Award 2017/2018

Ee Zu Er (Zoe),graduan yang berasal dari Kajang, Selangor telah berjaya menamatkan pengajian dalam Diploma Kejuruteraan Pertanian dari Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB). Beliau telah dipilih menjadi penerima anugerah “IEM Sarawak Branch Chairman’s Award” dalam Kategori : Diploma Kejuruteraan (IPTA) untuk graduan semester akhir terbaik bagi tahun 2017/2018. Majlis penyampaian anugerah ini telah berlangsung pada 30 Jun 2018 di Hotel Imperial, Kuching. Majlis ini berlangsung bersempena Majlis Makan Malam Tahunan IEM Cawangan Sarawak 2018. Ee Zu Er telah menerima hadiah berupa trofi, sijil dan tiket penyertaan ke Majlis Makan Malam Tahunan IEM Cawangan Sarawak 2018. Kos penginapan dan tiket penerbangan telah ditanggung sepenuhnya oleh IEM Cawangan Sarawak.

Rekod kecemerlangan akademik beliau telah melayakkan beliau tercalon sebagai penerima anugerah ini. Beliau dengan konsistennya telah berjaya mengekalkan PNGK 3.841 pada semester kelima dan masih menunggu keputusan semester akhir selepas menamatkan sesi latihan industri (internship) pada bulan Mei 2018 di National Ilan University (NIU), Taiwan.

Selain itu, beliau juga telah memperolehi pengalaman yang sangat berharga semasa mengikuti program internship di National Ilan University untuk tempoh enam bulan, bermula 6 November 2017 sehingga 22 April 2018. Beliau telah merakamkan sejarah sebagai pelajar pertama dari Jabatan Sains Asasi dan Kejuruteraan, UPMKB, menjalani program internship di luar negara. Ee Zu Er telah diletakkan dibawah penyeliaan Prof. Dr. An-Pan Cherng, bekerja dalam makmal pertanian robotik dan telah berjaya menghasilkan penyelidikan yang menarik bertajuk "Colour Sorting System of Agriculture Products".

Tarikh Input: 15/08/2018 | Kemaskini: 15/08/2018 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEURAQ~