HADIAH UNIVERSITI BUAT GRADUAN BACELOR SAINS BIOINDUSTRI UPMKB | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » HADIAH UNIVERSITI BUAT GRADUAN BACELOR SAINS BIOINDUSTRI UPMKB

HADIAH UNIVERSITI BUAT GRADUAN BACELOR SAINS BIOINDUSTRI UPMKB

Bintulu, 1 November - Kerana minat yang mendalam menjadi seorang penyelidik dalam bidang Sains tidak mematahkan semangat graduan Bachelor Sains Bioindustri untuk menerima hadiah universiti iaitu Hadiah Live Animals Medical Centre pada Majlis Konvokesyen ke-46 Sidang 1 di Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB).
 
Graduan, Aisyah Pratiwi sangat bersyukur kerana terpilih menjadi penerima anugerah dan ianya satu batu loncatan untuk berjaya selepas ini.
 
“Dengan anugerah ini ia dapat menjadi batu loncatan buat saya untuk meneruskan karier yang diimpikan selepas tamat sahaja belajar di UPMKB.
 
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga saya yang banyak memberi dorongan kepada saya walaupun berada sangat jauh.
 
Beliau berkata, kerana rakan-rakan seperjuangan di sini juga banyak memberi dorongan dan semangat untuk terus berjaya dengan cemerlang.
 
“Pesanan saya kepada semua rakan-rakan di luar sana, kecemerlangan akan membantu kita untuk mendapatkan kerja yang bagus. Namun selepas ini jangan pernah putus asa untuk membina kerjaya,” katanya.
 
Majlis konvokesyen ini meraikan para graduan yang juga menjadi agenda penting dalam Pelan Strategik UPM 2021-2025 iaitu menyokong hasrat melalui Matlamat 1: Melahirkan Watak Graduan Berdaya Tahan Mendepani Cabaran Mendatang.
 

Tarikh Input: 04/11/2022 | Kemaskini: 07/11/2022 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXESJA6~