FASA KEDUA PENANAMAN POKOK - PEMULIHAN TAMAN AWAM BINTULU | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » FASA KEDUA PENANAMAN POKOK - PEMULIHAN TAMAN AWAM BINTULU

FASA KEDUA PENANAMAN POKOK - PEMULIHAN TAMAN AWAM BINTULU

Pada 23 Februari, Rotary Club Bintulu telah menganjurkan penanaman pokok fasa kedua untuk projek Pemulihan Taman Awam Bintulu di Trek Hutan Taman Tumbina di Bintulu.
 
Acara ini disokong oleh UPM Kampus Bintulu Sarawak dan Lembaga Pembangunan Bintulu, dan dibiayai oleh CIMB Foundation. 
 
Fasa kedua melibatkan penanaman 2000 anak benih di taman awam dengan tujuan untuk memulihkan fungsi ekologi semulajadi dan memberi kesedaran kepentingan mnejaga alam sekitar ke arah kesejahteraan kehidupan kita. 
 
Sejumlah 50 orang termasuk 20 kakitangan dan pelajar kampus UPM Bintulu Sarawak mengambil bahagian dalam penanaman di dalam keadaan hujan.
 

Tarikh Input: 25/02/2019 | Kemaskini: 07/03/2019 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEXRAQ~