CONGRESS ON SUSTAINABLE AGRICULTURE AND FOOD SECURITY (COSAFS2022) | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » CONGRESS ON SUSTAINABLE AGRICULTURE AND FOOD SECURITY (COSAFS2022)

CONGRESS ON SUSTAINABLE AGRICULTURE AND FOOD SECURITY (COSAFS2022)

21 September - Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Kementerian Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah Sarawak (MANRED) menganjurkan Congress on Sustainable Agriculture and Food Security (COSAFS2022) yang tekah dirasmikan oleh Premier Sarawak,Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg.

Beliau berkata, penganjuran COSAFS2022 adalah sejajar dengan hasrat Kerajaan Negeri Sarawak untuk memperkukuhkan pertanian mampan dan sekuriti makanan.

Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari turut menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) di anatara UPM dan Swinburne University of Technology Sarawak Campus serta simbolik penyerahan dana projek AgriHub@Gedong.

Kerajaan Negeri Sarawak bersetuju meluluskan projek transformasi padi, AgriHub@Gedong berjumlah RM3 juta.

Naib Canselor UPM, YH. Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman berkata COSAFS2022 memberi peluang kepada pembentang dan pemegang taruh untuk bertukar pengetahuan baharu melalui penyelidikan dan inovasi.

Turut hadir, Pengerusi Lembaga Pengarah UPM, Yang Amat Mulia Tengku Syarif Laksamana Perlis Dato’ Seri DiRaja Syed Razlan Ibni Syed Putra Jamalullail; Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah Sarawak, YB Dato’ Sri Stephen Rundi Utom; Setiausaha MANRED, YB Datu Edwin Abit dan Pro Vice-Chancellor & CEO of Swinburne University of Technology Sarawak Campus, Ir. Prof. Lau Hieng Ho.

Sementara itu, COSAFS2022 bermula mulai 21 sehingga 24 September 2022 bertempat di The Waterfront Hotel Kuching, Sarawak.

COSAFS2022 bertujuan sebagai platform penambahbaikan teknik pertanian mampan, inovasi dan teknologi, sistem makanan masyarakat, dasar makanan nasional dan antarabangsa, serta mempromosikan program yang menggalakkan pertanian mampan dan keterjaminan makanan.

 

Tarikh Input: 26/09/2022 | Kemaskini: 26/09/2022 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEUGAm~