CEO TALK & TREE PLANTING LEADERSHIP IN THE NEW NORM “THE WAY FORWARD” | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » CEO TALK & TREE PLANTING LEADERSHIP IN THE NEW NORM “THE WAY FORWARD”

CEO TALK & TREE PLANTING LEADERSHIP IN THE NEW NORM “THE WAY FORWARD”

#UPMKBMansang

Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan telah menganjurkan program CEO@FSPH Talk "Leadership In The New Norm: The Way Forward" pada 7 September 2022. Kehadiran para pelajar Diploma Pertanian, Diploma Pengurusan Perladangan Makanan, Diploma Perhutanan, Diploma Kesihatan Haiwan dan Peternakan serta Diploma Perikanan ke program tersebut amatlah menggalakkan. Terima kasih di atas kerjasama yang telah diberikan. Program yang dianjurkan telah berjalan dengan lancar dan tamat pada jam 12.00 tengahari.

Disamping itu, acara penanaman pokok bersama CEO@FSPH, Pengarah UPMKB, Dekan Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan dan ahli Pengurusan Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan di perkarangan Dewan Sri Kenyalang, UPMKB.

Terima kasih diucapkan kepada CEO@FSPH, Tuan Haji Zainal Abidin bin Haji Abdullah yang telah sudi untuk berkongsi pengalaman dan ilmu kepada pelajar-pelajar Diploma Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan.

#FSPH
#CEOTalk
#UPMKB


Tarikh Input: 12/09/2022 | Kemaskini: 05/10/2022 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEUGAn~