BINTULU: Pandemik Covid 19 yang melanda dunia tidak menghalang Seksyen Kaunseling, Kebajikan dan Pembangunan Pelajar (SKKP), UPMKB untuk terus adakan sambutan Bulan Kaunseling bagi tahun 2020. Hidup Sejahtera, Bukan Kecewa merupakan tema yang telah dipilih bagi sambutan tahun ini yang bertepatan dengan objektif utama penganjuran iaitu meningkatkan kesedaran dan kefahaman tentang kesihatan mental selain mempromosi perkhidmatan kaunseling dan psikologi dalam kalangan pelajar dan staf.
Sambutan Bulan Kaunseling UPMKB 2020 yang turut dibantu oleh Pembimbing Rakan Sebaya UPMKB ini mempunyai 4 siri Counselling Fun Talk dengan pelbagai topik menarik menerusi penceramah jemputan telah menerima sambutan yang cukup menggalakkan daripada pelajar.
Selain itu juga, bagi memeriahkan lagi sambutan ini, pertandingan mencipta video dan poster motivasi turut dianjurkan. Pertandingan ini telah dimenangi oleh Lee Pei Xian (Tempat Pertama) dan Maria Eva ak Barudi (Tempat Kedua) bagi pertandingan mencipta video manakala Jasslyn Lin Xin Ru (Tempat Pertama), Zayti Nurallya binti Kamizi (Tempat Kedua) dan Najiah Hasunah binti Khairil Mursyidi (Tempat Ketiga) bagi pertandingan mencipta poster motivasi.
Acara kemuncak bagi sambutan Bulan Kaunseling UPMKB 2020 telah dijalankan menerusi Program iTalk: #SuccessChallenge dengan kerjasama Pusat Islam, UPMKB. Program ini telah dilaksanakan menerusi siaran langsung Facebook UPMKB dengan penampilan khas bersama Pencetus Ummah Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz diharapkan mampu meningkatkan semangat dan memberi kesedaran kepada pelajar tentang pentingnya kesejahteraan mental dan pencapaian akademik yang seimbang dengan sahsiah pelajar.
Counselling Fun Talk: Love or Lust bersama Puan Ratna Safura Kamal Sharie
Counselling Fun Talk: Salahguna Dadah #KitaJagaOtakKita bersama Encik Mohd Noh Ismail
Counselling Fun Talk: Sihat Tak Minda Anda? bersama Dr Ravivarma Rao Panirselvam
Counselling Fun Talk: Pengurusan Emosi bersama Puan Hairunisah Abdul Rahman
iTalk: #SuccessChallenge Bersama Pu Riz anjuran bersama Jawatankuasa Pusat Islam, UPMKB
Tarikh Input: 18/11/2020 | Kemaskini: 03/12/2020 | lanz
Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia
Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia