BINA STARTUP BERTERASKAN SEKURITI MAKANAN DALAM MASA 54 JAM MENERUSI PROGRAM INI | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » BINA STARTUP BERTERASKAN SEKURITI MAKANAN DALAM MASA 54 JAM MENERUSI PROGRAM INI

BINA STARTUP BERTERASKAN SEKURITI MAKANAN DALAM MASA 54 JAM MENERUSI PROGRAM INI



Mengapa kita perlu bertindak segera dengan sekuriti makanan?


Bina Startup Berteraskan Sekuriti Makanan Dalam Masa 54 Jam Menerusi Program Ini. Menurut Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia, sekuriti makanan merupakan satu keadaan di mana semua orang pada setiap masa mempunyai keupayaan dari segi fizikal, sosial dan ekonomi untuk mengakses makanan yang CUKUP, SELAMAT dan BERKHASIAT, yang dapat memenuhi keperluan pemakanan dan pilihan makanan bagi kehidupan yang aktif dan sihat.

Walau bagaimanapun, kesan daripada pandemik COVID-19, krisis sekuriti makanan ini menjadi semakin meruncing tatkala negara-negara di seluruh dunia mengenakan pelbagai sekatan. Hal ini menyebabkan rantaian makanan di seluruh dunia terjejas, menyebabkan jutaan penduduk dunia menghadapi kesukaran mendapatkan makanan yang mencukupi, apatah lagi selamat dan berkhasiat.

Krisis ini adalah krisis global, yang turut mendatangkan kesan kepada masyarakat di Sarawak dan Malaysia, amnya.

Techstars Startup Weekend Bintulu komited untuk menangani krisis ini menerusi solusi inovatif rakyat Sarawak

Oleh yang demikian, Startup Weekend Bintulu menganjurkan satu inisiatif bagi membina ekosistem sekuriti makanan yang kukuh di Sarawak. Langkah ini akan dimulakan dengan menyeru para inovator, pereka dan bakat startup di seluruh Sarawak untuk tampil ke depan dan menyumbangkan idea bernas mereka.

Menerusi program Techstars Startup Weekend Bintulu 2022, para peserta akan belajar untuk berfikir, bekerja dan membina sebuah startup berfokuskan kepada sektor sekuriti makanan dalam masa 54 jam. Dalam jangka masa 3 hari ini, anda akan dibimbing oleh mentor, pelabur, pengasas bersama dan penaja terbaik dalam industri ini. Paling penting, anda akan diajar tentang cara bagaimana untuk membinanya dengan pantas dan memulakan perniagaan.

Kali ini, Startup Weekend Bintulu memfokuskan kepada sektor sekuriti makanan atas dasar kesedaran bahawa populasi manusia yang semakin bertambah yang turut meningkatkan permintaan makanan yang selamat, mudah didapati dan berkhasiat. Justeru, sekuriti makanan perlu berada di tahap yang baik agar semua peringkat masyarakat mendapat akses kepada makanan harian tanpa perlu memikirkan kos yang tinggi.

Inovasi yang akan dibawa semasa program ini tentunya adalah langkah awal bagi menangani krisis ini seterusnya memastikan semua individu mendapat keperluan makanan yang secukupnya.

Mengapa anda mesti menyertai program ini?

Startup Weekend Bintulu 2022 akan diadakan pada 26 hingga 28 Ogos 2022 (Jumaat hingga Ahad) di TEGAS Digital Innovation Hub Bintulu. Program ini merangkumi aktiviti seperti berikut;

Peserta yang menyertai program ini berpeluang mendapatkan pelbagai manfaat seperti Pelayan Awan (Cloud) Azure percuma sehingga 150,000 USD selama 2 tahun, 10 X Office 365 Business Standard, 20 X Langgan Bulanan GitHub Enterprise, 30% diskaun untuk servis reka bentuk laman web daripada Amhere, domain GoDaddy percuma dan banyak lagi.

Program ini disokong oleh TEGAS Digital Village & Digital Innovation Hub, Universiti Putra Malaysia (UPM) Kampus Bintulu Sarawak, dan MYStartup.

Startup Weekend Bintulu 2022 ini terbuka untuk orang ramai yang berusia 17 tahun dan ke atas termasuklah usahawan, orang dewasa bekerja, pelajar sekolah, serta mahasiswa universiti dan institut.

 

 

Tarikh Input: 26/08/2022 | Kemaskini: 08/02/2024 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXDdNAG~