BENGKEL BESTARI SOLAT KEPADA PELAJAR SEKOLAH RENDAH SK KG. JEPAK DAN SUMBANGAN KHIDMAT KOMUNITI DI KAMPUNG JEPAK, BINTULU, SARAWAK | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » BENGKEL BESTARI SOLAT KEPADA PELAJAR SEKOLAH RENDAH SK KG. JEPAK DAN SUMBANGAN KHIDMAT KOMUNITI DI KAMPUNG JEPAK, BINTULU, SARAWAK

BENGKEL BESTARI SOLAT KEPADA PELAJAR SEKOLAH RENDAH SK KG. JEPAK DAN SUMBANGAN KHIDMAT KOMUNITI DI KAMPUNG JEPAK, BINTULU, SARAWAK

Bintulu- Pada19 Mei 2018, Sabtu, Pusat Islam UPMKB telah menganjurkan Bengkel Bestari Solat kepada pelajar sekolah rendah SK Kampung Jepak. Bengkel Bestari Solat telah dihadiri oleh seramai 54 orang pelajar SK Kampung Jepak yang terdiri daripada pelajar tahun 3 sehingga 6. Aktiviti Bengkel ini dijalankan seawal 8 pagi sehingga waktu berbuka puasa. Pelajar sekolah telah diiringi oleh oleh wakil guru iaitu iaitu Ustaz Mohd Suzrie bin Khosim dan Ustaz Mohd Nizam bin Abdullah. Bengkel Bestari solat ini telah dikendalikan oleh penceramah dari Pusat Islam UPMKB iaitu Ustaz Isfuany bin Ismail dan penceramah dari Hikmah Cawangan Bintulu iaitu: Ustaz Nuur Huzaifah Bin Zainun. Berjalan serentak dengan bengkel ini adalah aktiviti sumbangan khidmat komuniti kepada penduduk Kampung Jepak yang bermula sekitar jam 2 petang.

Aktiviti sumbangan ini adalah bertujuan meringankan beban penduduk di sekitar Kampung Jepak yang tidak berkemampuan. Sumbangan yang dihulurkan adalah dalam bentu barang keperluan harian. Sebanyak 18 keluarga telah menerima sumbangan dari pada pihak Pusat Islam UPMKB yang melibatkan 6 buah kampung iaitu Kampung Baru Sebuan Besar, Kampung Sebuan Besar, Kampung Sebuan Kecil, Kampung Jepak Hilir, Kampung Jepak Hulu dan Kampung Warisan Jepak. Aktiviti penyampaian sumbangan ini telah dijalankan dengan kerjasama daripada Penghulu Ayahanda Hj. Drahman Bin Kawi dan Ketua-ketua kaum. Aktiviti penyampaian sumbangan ini telah selesai sekitar jam 4 petang. Aktiviti penyampaian sijil penghargaan dan hadiah kepada penceramah, penghulu, ketua kaum dan juga peserta telah dijalankan pada sekitar Jam 4.30 petang.

Tarikh Input: 23/05/2018 | Kemaskini: 23/05/2018 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEZIAO~