BENGKEL ASAS PENYUNTINGAN VIDEO | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » BENGKEL ASAS PENYUNTINGAN VIDEO

BENGKEL ASAS PENYUNTINGAN VIDEO

16 Disember 2017 - BENGKEL ASAS PENYUNTINGAN VIDEO telah diadakan pada 16 Disember 2017 (Sabtu) di Makmal Bahasa, Jabatan Sains Sosial, UPMKB bermula pada jam 8.30 pagi dan berkahir pada jam 1.30 petang. Bengkel ini adalah anjuran bersama Jabatan Sains Sosial dan Kelab Agribiz, UPMKB. Tujuan utama bengkel ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada mahasiswa UPMKB dan pelajar sekolah menengah di sekitar Bintulu mempelajari teknik asas penyuntingan video. Seramai 22 orang peserta telah menghadiri bengkel ini. Pada sesi akhir bengkel, peserta telah berjaya menghasilkan video sendiri mengikut kreativiti masing-masing. Semoga ilmu yang diperoleh sepanjang bengkel ini dapat dimanfaat oleh semua peserta. Sekalung penghargaan kepada semua ahli jawatankuasa yang terlibat dalam bengkel ini.

Tarikh Input: 19/12/2017 | Kemaskini: 19/12/2017 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXETEAo~