ABANG RAIH BACELOR, ADIK GENGGAM DIPLOMA KONGSI PENTAS KONVOKESYEN | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » ABANG RAIH BACELOR, ADIK GENGGAM DIPLOMA KONGSI PENTAS KONVOKESYEN

ABANG RAIH BACELOR, ADIK GENGGAM DIPLOMA KONGSI PENTAS KONVOKESYEN

BINTULU, 1 Nov - Dua beradik melakar detik manis bersama apabila berkongsi pentas menerima Diploma dan Bacelor pada Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia ke-46 di Dewan Sri Kenyalang, Sarawak UPMKB, hari ini.
 
Lesley Xavier, 21 penerima Diploma Kejuruteraan Pertanian dan Leonard Umban, 25 menerima Bacelor Sains Akuakultur masing-masing meluahkan rasa gembira dapat merakam kenangan manis bersama di hadapan ibu bapa mereka.
 
Leonard berkata peluang dapat konvokesyen bersama adiknya merupakan kebanggaan berganda yang akan terpahat buat ibu bapanya.
 
"Kini adik saya menyambung pengajian di Fakulti Kejuruteraan UPM Serdang dan saya sambung Master di sini UPMKB," katanya. - UPM
 

Tarikh Input: 04/11/2022 | Kemaskini: 07/11/2022 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEYDAL~