1,848 JAYAKAN PROGRAM KAPSUL PSIKOLOGI@UPMKB SECARA DALAM TALIAN | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » 1,848 JAYAKAN PROGRAM KAPSUL PSIKOLOGI@UPMKB SECARA DALAM TALIAN

1,848 JAYAKAN PROGRAM KAPSUL PSIKOLOGI@UPMKB SECARA DALAM TALIAN

BERJAYA: Program Motivasi Putra: I am Mentally Strong bersama Che Puan Sarimah Ibrahim iaitu Selebriti dan Mental Health Advocate

BINTULU: Seramai 1,848 orang telah berjaya menyertai Program Kapsul Psikologi@ UPMKB secara dalam talian yang dianjurkan Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) barubaru ini.

Pengarah Kampus Profesor Madya Dr Shahrul Razid Sarbini berkata, Program Kapsul Psikologi@UPMKB dilaksanakan sempena sambutan Jubli Emas Ke-50 Tahun UPM dan sambutan Bulan Kaunseling Peringkat UPMKB.

Pada masa sama penasihat programnya Dr Kamil Latif berkata, program itu dianjur untuk meningkatkan kesedaran tentang kesihatan mental melalui aktiviti penjagaan kendiri terutama kepada para pelajar dan staf UPMKB.

Program yang telah bermula pada pertengahan September dan berakhir pada penghujung Oktober ini melibatkan 10 siri ceramah dengan pelbagai topik menarik yang menampilkan penceramah pakar berpengalaman.

Antara ceramah yang disampaikan adalah ‘Motivasi Putra: Mengurus Diri dan Kerja di Era Norma Baharu’, ‘Self-Care: I Love Myself, Create Confidence: Art on your Face!’, ‘I am Mentally Strong’, ‘Groom and Boom Your Image’ dan sebagainya.

Beberapa pertandingan turut dianjurkan bagi memeriahkan lagi program tersebut iaitu ‘Self-Care Challenge’, ‘Self-Care Fitness Challenge’ dan ‘Young Motivator Competition’.

Turut diadakan pelancaran e-buku ‘Formula 8B Urus Stres di Universiti’ yang ditulis Hairunisah Abdul Rahman, Syukrina Ismail dan NurFitriyaani Saudi khusus untuk memberikan tip kepada pelajar tentang perkara berkaitan dan buku tersebut boleh dimuat turun di laman sesawang www.btu.upm.edu.my.

Tarikh Input: 05/11/2021 | Kemaskini: 27/04/2022 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXDdBAx~