UPMKB KEKAL RELEVAN, JALIN KERJASAMA STRATEGIK KEPADA PEMBANGUNAN NEGERI SARAWAK | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» ARTIKEL » UPMKB KEKAL RELEVAN, JALIN KERJASAMA STRATEGIK KEPADA PEMBANGUNAN NEGERI SARAWAK

UPMKB KEKAL RELEVAN, JALIN KERJASAMA STRATEGIK KEPADA PEMBANGUNAN NEGERI SARAWAK

BINTULU - Pembukaan semula Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) pada tahun 2001 telah meletakkan kembali kampus di dalam ‘peta’ pendidikan tinggi Sarawak selepas penubuhan pada tahun 1987 sudah pastinya UPMKB mempunyai kolaborasi dan kerjasama strategik kepada pembangunan negeri Sarawak. 
 
YBhg. Prof. Dr. Shahrul Razid Sarbini Pengarah Kampus UPMKB berkata, sejak 2018 pengurusan tertinggi UPM telah merancang untuk merekayasakan UPMKB supaya dapat memberi sumbangan secara terus untuk pembangunan  wilayah Sarawak dan Borneo serta mengetengahkan nic universiti iaitu Pertanian dan Perhutanan.
 
Mengangkat citra 'kampus berkembar' UPM, pelan merekayasa UPMKB dimulakan dengan pelbagai inisiatif telah diwujudkan untuk meningkatkan kolaborasi dengan Sarawak dalam kapasiti untuk menjadikan UPMKB sebagai Hub Penyelidikan Pertanian dan Perhutanan, dan juga etnik dan ekonomi sosial.
 
Bermula dengan hanya tiga program diploma, kini UPMKB menawarkan 9 program Diploma, 5 program Bacelor, dan program Master dan PhD secara penyelidikan dalam 52 bidang.
 
UPMKB menerima kurniaan 10.95 juta ringgit daripada kerajaan Sarawak, kepada Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan sebagai Hub Penyelidikan Perhutanan. Selain itu, kurniaan RM 2.5 juta daripada kerajaan Sarawak, Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains untuk Kursi Penyelidikan Etnik Sarawak, Kursi Tok Nan dan kurniaan RM 3 juta daripada kerajaan Sarawak, untuk UPMKB bagi projek transformasi padi, AgriHub@Gedong.
 
Projek AgriHub@Gedong adalah salah satu kerjasama strategik UPMKB dengan Sarawak dalam penyelidikan padi.
 
Dalam projek ini, Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg telah meluluskan projek tersebut berjumlah RM3 juta dan penglibatan pakar UPM iaitu seramai 10 pensyarah UPMKB dan dua pesyarah dari UPM Kampus Serdang. 
 
Pakar UPM akan mentransformasikan kaedah penanaman padi di Gedong secara terus, dan meningkatkan sosio ekonomi komuniti penamam padi serta meninjau daerah serta komuniti yang berpotensi untuk tujuan pemindahan kepakaran. 
 
Selain itu, dalam projek itu, pakar UPM akan akan memperkenalkan ‘Amalan Pertanian Baik’ antaranya pembuatan kompos bagi mengekalkan produktiviti padi, penggunaan IoT untuk menyediaan dan pemantauan plot serta penggunaan sisa buangan padi sebagai bahan tambah nilai.
 
Aspirasi utama adalah untuk menyokong harapan kerajaan negeri Sarawak menjadi pengeluar makanan negara menjelang 2030. 
 
UPMKB akan terus ‘mansang’ untuk menjadi institusi pengajian tinggi yang terulung di Sarawak dan rantau Borneo. - UPM
 
 
 
 

Tarikh Input: 09/11/2022 | Kemaskini: 09/11/2022 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXDdAAm~