KEPRIHATINAN DAN KETERSEDIAAN MASYARAKAT SETEMPAT DALAM MENANGANI ISU RABIES | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» ARTIKEL » KEPRIHATINAN DAN KETERSEDIAAN MASYARAKAT SETEMPAT DALAM MENANGANI ISU RABIES

KEPRIHATINAN DAN KETERSEDIAAN MASYARAKAT SETEMPAT DALAM MENANGANI ISU RABIES

Ts. Dr. Suhaili Mustafa
Pensyarah Kanan Fakulti Sains Pertanian dan Perhu­tanan, UPM Kampus Bintulu

UMUM mengetahui isu wa­bak rabies ataupun penyakit anjing gila bukanlah perkara yang baharu di Sarawak. Pel­bagai aktiviti pengawalan dan pencegahan komprehensif giat dilakukan oleh pihak berwajib dalam mengawal dan membendung penularan wabak tersebut.

Terkini, pada 26 November 2022 program pemvaksinan Anti-Rabies besar-besaran, perlesenan, mikrocip untuk anjing di Kota Samarahan telah dianjurkan oleh Jaba­tan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Sarawak. Usaha ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memberi kes­edaran, membendung dan mengawal penularan wabak tersebut.

Kita sedari penyakit rabies adalah penyakit yang dapat dan mampu dicegah. Pada 2012, Persatuan Sedunia un­tuk Kesihatan Haiwan pernah menarafkan Malaysia sebagai negara bebas rabies apabila kes terakhir yang direkodkan melibatkan anjing adalah pada tahun 1999. Namun demikian penarafan ini hanya bertahan sehingga tahun 2015 apabila wabak rabies kembali dikenal pasti.

Di Sarawak khususnya sehingga 19 Oktober 2022 sebanyak 72 kawasan telah di­isytiharkan sebagai kawasan jangkitan rabies, bersamaan dengan 52 kes dilaporkan, mengakibatkan 45 kematian sejak pengisytiharan 4 Julai 2017.

Usaha sehala pihak ber­wajib tidak akan berhasil sekiranya tiada usaha dan kesedaran daripada masyar­akat setempat khususnya pe­milik haiwan itu sendiri. Pe­milik haiwan boleh dikatakan sebagai penyebab utama tidak langsung terhadap masalah penyebaran wabak rabies.

Hal ini kerana, sikap seg­elintir pemilik yang tidak bertanggungjawab dengan mengabaikan keperluan asas haiwan peliharaan mereka seperti makanan, minuman dan juga tempat tinggal.

Keadaan seperti ini akan mendorong haiwan peli­haraan mereka seperti anjing dan kucing bebas merayau untuk mencari makanan. Di­tambahkan lagi dengan tiada suntikan imunisasi mengikut jadual diberikan pada haiwan tersebut meletakkan haiwan tersebut pada tahap yang terdedah apabila mempunyai kontak dengan haiwan liar ataupun haiwan rabid.

Oleh yang demikian tang­gungjawab pemilik terhadap haiwan peliharaan mereka amatlah penting kerana usaha yang sedikit ini sedikit seban­yak akan dapat mengekang penularan wabak.

Oleh itu, sebagai pemi­lik haiwan yang bertang­gungjawap adalah menjadi peranan kita untuk sentiasa peka dengan keadaan hai­wan peliharaan kita. Adalah menjadi tanggungjawap kita untuk memastikan anjing atau kucing peliharaan te­lah mendapatkan suntikan anti-rabies di klinik haiwan terdekat dan mengelakkan kontak bersama haiwan atau anjing liar.

Segerakan berjumpa den­gan doktor haiwan sekiranya terdapat tanda-tanda gigitan haiwan lain khususnya hai­wan liar dan laporkan kes tersebut kepada DVS sebagai langkah berjaga-jaga.

Kuarantin dan vaksinasi perlu dilakukan semula pada haiwan tersebut. Hal ini pent­ing bagi tujuan pemantauan tingkah laku haiwan tersebut selepas daripada gigitan.

Untuk haiwan peliharaan yang tidak pernah mendapat vaksinasi, haiwan tersebut hendaklah diasingkan selama enam bulan untuk memas­tikan ia betul-betul bebas daripada jangkitan.

Jika anjing atau kucing pe­liharaan didapati tidak sihat atau agresif dapatkan rawatan di klinik haiwan dan lapor­kan ke DVS setempat pada kadar yang segera. Sentiasa mengekalkan tahap kebersi­han diri yang tinggi juga amat penting seperti amalan kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun selepas kontak dengan anjing peliharaan.

Penyakit rabies ini terse­narai sebagai Penyakit Wa­jib Lapor. Oleh itu sebagai masyarakat Malaysia yang prihatin kita hendaklah sen­tiasa peka dengan melapor­kan kepada pihak berkuasa tempatan sekiranya terdapat anjing liar yang berkeliaran di kawasan sekeliling khu­susnya kawasan kejiranan. Aduan seperti ini amat pent­ing bagi pihak berwajib untuk mereka melakukan tindakan yang sewajarnya.

Kesejahteraan dan kesiha­tan kita adalah tanggungja­wab kita bersama. Ingatlah rabies mampu dicegah dan dibendung dengan kerjasama semua. Maka marilah ber­sama-sama kita memberi kerjasama yang optimum kepada pihak berwajib dalam usaha-usaha mereka.

Pepatah sering mengatakan “Mencegah lebih baik dari­pada mengubati”. Oleh itu sekali lagi penulis menggesa semua lapisan masyarakat supaya mengambil peranan ini dengan lebih serius supaya wabak rabies khususnya di negeri Sarawak yang tercinta ini dapat dibendung dengan jayanya dan mengembalikan penarafan bebas rabies ke­pada negara kita.

Dengan kerjasama yang jitu daripada semua lapisan masyarakat kita akan mampu mengawal dan mencegahnya. (Artikel ini disediakan oleh Pensyarah Kanan Fakulti Sains Pertanian dan Perhu­tanan, UPM Kampus Bintulu Ts. Dr. Suhaili Mustafa).

Tarikh Input: 06/12/2022 | Kemaskini: 06/12/2022 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEUVAa~