Tahniah! Diucapkan Kepada Prof. Madya Dr. Shahrul Razid Sarbini | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» ARTIKEL » Tahniah! Diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Shahrul Razid Sarbini

Tahniah! Diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Shahrul Razid Sarbini

Tahniah! Diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Shahrul Razid Sarbini kerana telah terpilih mengikuti sangkutan akademik dan penyelidikan selama 12 hari, tajaan negara Austria (melalui program ASEA-UNINET). Seramai 7 orang pensyarah dari seluruh Malaysia telah dihantar ke Austria bagi memulakan kolaborasi akademik dan penyelidikan dengan universiti-universiti di Austria.

Keberadaan Dr. Shahrul di Vienna, Austria bermula pada 27 November hingga 8 Disember 2017 telah dihoskan oleh Prof. Dietmar Haltrich dari University of Natural Resources and Life Sciences (BOKU) yang merupakan seorang pakar bioteknologi makanan.

Melalui sangkutan tersebut, banyak aktiviti yang telah dan akan beliau lakukan untuk merancakkan kolaborasi akademik dan penyelidikan, antaranya mobiliti pelajar, penulisan karya penyelidikan bersama, penjanaan geran bersama dan lain-lain lagi.

Syabas Prof. Madya Dr. Shahrul. Semoga terus sukses!

Tarikh Input: 29/01/2019 | Kemaskini: 29/01/2019 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXDcTAb~