Guidelines For ELearning @UPMKB | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» ARTICLE » Guidelines for eLearning @UPMKB

Guidelines for eLearning @UPMKB

Pembelajaran secara maya merupakan satu kaedah pembelajaran yang bukan asing bagi sesetengah universiti terutamanya bagi pelajar yang menggunakan modul Pendidikan Jarak Jauh (PJJ). Namun demikian, keadah ini telah diperluas serta diperkasakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran rentetan daripada kemasalahan sejagat iaitu pandemic bencana COVID-19 yang melanda dunia hari ini.

UPM merupakan antara UA yang menggunakan pendekatan ini semenjak tempoh PKP yang di umumkan oleh kerajaan Malaysia. Pembelajaran secara maya yang berteraskan Model Pembelajaran Bersepadu (blended learning) merupakan norma baharu dan satu keperluan yang penting dalam menyampaikan ilmu pengetahuan kepada semua pelajar tanpa mengira batasan.

UPMKB amat komited dalam memastikan setiap pelajar berpeluang mengikuti dan meneruskan pembelajaran seperti yang di rancang oleh pensyarah akademik. Pendekatan pedagogi ini merupakan satu langkah yang proaktif diambil oleh pihak UPMKB selari dengan perubahan landskap pembelajaran dan pengajaran. Inisiatif ini bertepatan dengan Lonjakan 9 pembelajaran dalam talian tahap global, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi).

Untuk maklumat lanjut, sila klik DISINI

Date of Input: 17/07/2020 | Updated: 02/03/2021 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEaGAW~